Emas India 999 Harga

Dekat mana nak beli emas 999?

Kalau nak beli emas 999 sebagai simpanan dan perlaburan jangka masa panjang, sudah semestinya anda boleh beli emas 999 dari Public Gold.

Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas tempatan yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2008 lagi.

Dan kini Public Gold telah mempunyai lebih dari 18 cawangan di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia serta mempunyai lebih dari 1,000,000 customer di seluruh dunia.

Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold pula adalah emas 999 yang memang mensasarkan mereka-mereka yang nak simpan emas sebagai simpanan untuk pelaburan jangka panjang.

Antara emas 999 yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah goldbar, dinar dan akaun emas GAP.

Nak beli emas 916 sebagai perhiasan?

Selain emas 916, Public Gold juga ada mengeluarkan emas 916 sebagai barang kemas dan perhiasan seperti cincin, loket, gelang dan rantai.

Emas 916 ini dijual melalui syarikat PG Jewel yang merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Public Gold Group.

Kalau anda berminat untuk dapatkan barang kemas PG Jewel, boleh terus ke online store PG Jewel di PG Mall yang merupakan platform jual-beli online Public Gold.

Terdapat banyak design dan pilihan emas yang boleh anda pilih.

Tinggal nak buat pembelian dan tunggu emas sampai ke rumah. Mudah kan?

Kalau anda belum lagi mempunyai akaun Public Gold, boleh terus buka akaun secara percuma dengan klik butang di bawah.

Dan seterusnya saya akan hubungi anda untuk berikan tips dan panduan cara untuk mulakan simpanan emas dengan Public Gold.

Belanja di App banyak untungnya:

Harga jualan dicadangkan di kebanyakan kedai emas

Harga marhun cawangan arrahnu untuk emas 22 Karat

Harga jualan dan belian emas 24 Karat di Bank

Pergerakan harga emas sepanjang 30 hari terkini

*Harga yang dipaparkan diatas adalah untuk rujukan kami sahaja, harga emas biasanya berbeza-beza di setiap lokasi. Rujukan harga diatas tidak semestinya sama dengan harga yang anda akan perolehi termasuk kos upah, caj, logistik & etc

Kedai emas popular, biasanya mengikut harga emas persatuan peniaga emas Malaysia (FGJAM) dimana harga FGJAM ditetapkan sebulan atau dua bulan sekali, bagaimanapun majoriti kedai emas tidak lagi mengikut harga FGJAM. Harga Arrahnu pula digunakan oleh bank arrahnu, lembaga zakat negeri dan syarikat berasaskan islamik

Pada kebiasaanya penggadai akan mendapat 65-70% dari harga arrahnu apabila memajak barang kemas dan kira-kira 80-85% apabila menjual barang kemas kepada tunai, bergantung kepada ketulenan dan condition barang kemas itu sendiri.

Belanja di App banyak untungnya:

Harga emas hari ini RM380.76 per gram turun sebanyak RM-3.78 berbanding semalam RM384.54 per gram […]

Read More… from Harga Emas Hari Ini 14-12-2024 turun RM380.76

goldrate.com © 2024 Gold Rate

Membeli emas, khususnya emas 999 dan 916, memerlukan pengetahuan dan perhatian yang teliti agar dapat membuat keputusan yang bijak dan menghindari risiko penipuan. Berikut beberapa tips efektif yang boleh membantu anda dalam proses pembelian emas di Public Gold:

Pertama sekali, pastikan anda memeriksa harga pasaran semasa. Harga emas boleh berubah-ubah berdasarkan banyak faktor seperti keadaan ekonomi global dan permintaan pasaran. Public Gold selalu mengemas kini harga emas 999 dan 916 mereka mengikut harga semasa pasaran dunia. Dengan sentiasa memantau harga ini, anda boleh mengelakkan daripada membeli pada harga yang terlalu tinggi.

Selain itu, penting untuk memahami polisi jual beli di Public Gold. Pastikan anda membaca dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh Public Gold. Penting untuk mengetahui tentang polisi balik wang, polisi pertukaran, dan sebarang kos tambahan yang mungkin dikenakan dalam proses transaksi. Ini akan memastikan bahawa anda tidak menghadapi sebarang kejutan yang tidak diingini selepas pembelian dilakukan.

Mendapatkan nasihat daripada pakar juga merupakan langkah penting sebelum membuat pembelian emas 999 dan 916. Anda boleh berunding dengan pakar emas atau pelabur yang berpengalaman untuk mendapatkan panduan dan tips tambahan. Mereka boleh membantu anda memahami perbezaan antara beza harga emas 999 dan 916 Public Gold, serta potensi keuntungan dan risiko yang berkaitan dengan setiap jenis emas.

Dengan mengikuti tips ini, anda dapat membuat pembelian emas 999 dan 916 di Public Gold dengan lebih yakin dan selamat. Ingatlah, melakukan penyelidikan dan mendapatkan nasihat yang tepat adalah kunci untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak dan menguntungkan.

Biasa dengar kan emas 999 dengan emas 916?

Tapi tahu tak apa beza antara kedua-dua jenis emas ini?

Jom saya bongkarkan dalam artikel kali ini. Teruskan membaca.

Ketulenan emas disukat mengikut berapa banyak unsur emas yang terdapat di dalam sesebuah logam itu. Lagi banyak kandungan unsur emas, lagi tinggi ketulenan emas tersebut.

Jika anda perasan, terdapat nilai 999 (atau 999.9) pada permukaan goldbar dan dinar Public Gold. Nombor ini bermaksud 99.9% (atau 99.99%) unsur di dalam golbar atau dinar itu adalah emas. Pure emas!

Dan emas 999 adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan dan pelaburan kerana ianya adalah emas tulen. Tidak dicampurkan dengan bendasing dan kita boleh jual balik dengan harga yang tinggi.

Disebabkan unsur emas adalah sangat lembut, maka emas 999 tidak sesuai untuk dijadikan sebagai barang kemas kerana ianya mudah putus dan patah.

Emas 916 bermaksud 91.6% kandungan di dalamnya adalah emas dan kebiasaannya emas 916 ini dijadikan sebagai barang kemas.

Emas 916 mempunyai unsur-unsur lain seperti tembaga dan aloi bagi menguatkan ikatan-ikatan molekul di dalamnya supaya barang kemas seperti gelang dan rantai emas lebih kuat dan tidak mudah putus.

Namun begitu, kehadiran bendasing di dalam emas 916 menjadi penyebab kenapa ianya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai emas simpanan dan pelaburan.

Jadi kalau memang nak beli emas sebagai simpanan dan perlaburan, wajib anda dapatkan emas yang berketulenan 999.

Melainkan kalau anda nak beli emas sebagai barang perhiasan, untuk nampak cantik dan nampak mewah, bolehlah beli barang kemas yang kebiasaannya adalah emas 916.